Biarpun dianggap sebagai pilihan, jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain, tidak mahu selesa dengan kelebihan di atas kertas.

Tegasnya, Penang FC dianggap sebagai berbahaya, apatah lagi peluang untuk mereka berada dalam kelompok tiga terbaik Liga Super minggu lalu terlepas gara-gara kemenangan tipis skuad Peteh ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT).

Jika benar Harimau Kumbang turut berhasrat merealisasikan impian kemenangan, maka Sang Penyu perlu ditewaskan namun Nafuzi tidak rela keadaan itu berlaku, lebih-lebih lagi akan beraksi di laman sendiri., Sabtu ini.

"Kemenangan ke atas JDT mempengaruhi kami untuk kekal di atas.

"Saingan liga semakin sengit dan suasananya pun semakin rancak.

"Bagus melihat lima pasukan teratas saling bersaing sengit.

"Menuju perlawanan terakhir pusingan pertama ini, pasukan utama akan bertembung sesama sendiri," katanya.

?️? RAMADHAN TRAINING ??️ ?| Sekitar sesi latihan pasukan TFC pada malam tadi . #TerengganuFC #WeBleedBlackAndWhite #WinBackMission

Posted by Terengganu FC on Tuesday, April 27, 2021