MFL umum jadual sepak mula 5 Mac depan 

By Shaiful Shamsudin 20 February 2021 501
MFL umum jadual sepak mula 5 Mac depan 
Liga Malaysia (Liga-M) kembali rancak apabila pengelola, Liga Bolasepak Malaysia (MFL), mengumumkan tarikh rasmi sepak mula musim 2021 selepas ditunda pada 26 Februari lalu.

Kempen Liga Super bermula 5 Mac depan membabitkan perlawanan perebutan Piala Sumbangsih di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC di Stadium Sultan Ibrahim.  

Sehari kemudian, empat perlawanan lagi akan berlangsung untuk divisyen utama itu disusuli pertemuan Perak FC berdepan PJ City di Ipoh pada Ahad. 

 

Aksi Liga Super bakal kembali pada 5 Mac dengan enam perlawanan, termasuk perlawanan sumbangsih antara Johor Darul...

Posted by Malaysian Football League on Friday, February 19, 2021


Dalam masa sama, saingan Liga Perdana yang membabitkan 10 pasukan akan bermula pada 6 Mac juga membabitkan dua pertemuan, Kelantan FC-Perak FC II dan Sarawak United FC-Kelantan United FC, dengan ke semua perlawanan akan menyaksikan tuan rumah beraksi di laman sendiri tanpa kehadiran penonton. 

 

Jadual perlawanan pembukaan Liga Premier 2021 yang akan berlangsung pada 6 Mac! ⚽️ Muat turun jadual penuh di ➡...

Posted by Malaysian Football League on Friday, February 19, 2021


Kerajaan Malaysia mula membenarkan pasukan profesional untuk membuat persiapan berpasukan termasuk mengadakan perlawanan pemanas badan sebagai persiapan menghadapi musim baru. 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, berharap kesemua pasukan Liga Malaysia yang terdiri daripada Liga Super dan Liga Perdana masing-masing dapat memanfaatkan persiapan terbaik selepas jadual rasmi diumumkan.

Bagaimanapun, Ghani turut menyeru pasukan-pasukan agar terus fokus dan berdisiplin dalam mematuhi operasi prosedur standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penularan COVID-19.

MFL, yang telah mengumumkan pembatalan Piala FA 2021, turut memantau persiapan penganjuran perlawanan pra-musim selain semua pasukan menggunakan kaedah gelembung sukan bagi penginapan atlet. 

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment