Perlu ada hukuman buat Wan Mohd Tarmizi Wan Ibrahim, itu reaksi dariapda panel penilai pengadil, Subkhiddin Salleh, merujuk kepada prestasi mengecewakan pengadil tersebut ketika perlawanan Terengganu dan Johor Darul Ta'zim (JDT), minggu lalu.

Atas dasar proses memperbaiki prestasi, perlu ada hukuman daripada pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jika benar mahu menjaga kualiti pengadilan dalam saingan Liga Super.

Tarmizi tidak berada dalam penilaian terbaik ketika aksi lalu, Subkhiddin menegaskan wajar pengadil itu diturunkan ke liga yang lebih rendah atas dasar memperbaiki kelemahan.

"Tidak mengira seseorang pengadil itu pernah mengadili perlawanan di peringkat tertinggi sekalipun, hukuman harus diberikan namun ia adalah untuk memberikan peluang untuk pengadil tersebut untuk memperbaiki kelemahannya," katanya.

Tambahnya lagi, FAM perlu mengadakan lebih kerap perbincangan dan penilaian prestasi pengadil, pembetulan atas kontroversi yang berlaku hanya akan mencalarkan lagi kredibiliti pengadil negara.