Selangor membuka kempen Liga Super musim 2021 dengan langkah kanan apabila berjaya meraih kemenangan ke atas Sri Pahang 3-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium MBPJ, sebentar tadi.

Selangor tidak mengambil masa lama untuk menguji benteng pertahanan Sri Pahang selepas beberapa percubaan menerusi Sean Selvaraj dan Shahrel Fikri Md Fauzi membuktikan mereka memburu kemenangan dalam perlawanan ini.

Jaringan pertama perlawanan berjaya dihasilkan tuan rumah menerusi pemain import dari Switzerland, Oliver Buff pada penghujung separuh masa pertama.

Selangor menggandakan jaringan dalam separuh masa kedua, Tim Heubach berjaya melakukan tandukan ke arah Shahrel untuk meledak gol sulung buat Selangor pada minit ke-54.

14 minit berselang, Sri Pahang berjaya merapatkan kedudukan menerusi sepakan percuma yang disempurnakan oleh Nor Azam Azih.

Jaringan tersebut tidak menggugat Selangor selepas asakan demi asakan Sri Pahang diserap sebelum melakukan serangan balas dan Buff menoktahkan kemenangan Selangor pada penghujung permainan.



Keputusan lain:

MELAKA 0 SABAH 0

PULAU PINANG 1 KL CITY 0

UITM 1 TERENGGANU 2