Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, mendedahkan Paris Saint-Germain (PSG) cuba menandatangani Bruno Fernandes sebeluma dia menyertai Manchester United selepas impak dipamerkan tahun lalu.

Bercakap menjelang pertemuan Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu United awal pagi esok, Tuchel menjelaskan ketika mengendalikan PSG pada 2018 hingga 2020, juara Ligue 1 itu cuba memancing Fernandes ke Paris.

Pemain kebangsaan Portugal itu merupaka kapten Sporting CP pada ketika itu, sebelum berhijrah ke United pada Januari 2020, dan telah meledak 34 gol dalam 60 penampilan dalam semua pertandingan.

"Dengan pengarah sukan pertama saya di Paris, Antero Henrique, pengarah sukan Portugis, dan dia sangat mengenali [Fernandes] ," kata Tuchel.

"Kami berusaha keras untuk mempunyai hubungan dengannya dan membawanya menyertai pasukan kami. Saya menyedari dia dengan lebih terperinci, jadi kami menonton lebih banyak permainan mengenai dia dan mengikutinya dan cuba menghubungi dia untuk membuat ia berlaku.

"Dia kemudian mengambil keputusan untuk menandatangani bersama Manchester United dan saya tidak pernah berhubung dengannya secara peribadi, tetapi kami mencuba dan dia pergi ke arah lain. [Adalah] buruk bagi kami harus bermain melawannya."


Fernandes menjadi pemain utama menjelang pertemuan dengan United dengan Chelsea, dengan kedua-dua pasukan masih lagi berusaha untuk memastikan mereka layak ke Liga Juara-Juara (UCL).

Pemain berusia 26 tahun itu kini berada di tempat kedua bagi bilangan terbanyak assist bagi musim 2020-21 dengna 10, hanya satu di belakang bintang Manchester City, Kevin De Bruyne dan Tottenham, Harry Kane.

Fernandes melakukan assist ke-10 saingan EPL ketika bertemu Newcastle United, menjadi pemain keempat United untuk meraih dua angka bagi jaringan (15) dan assist dalam satu musim selepas Eric Cantona (tiga kali), Dwight Yorke (1998-99) dan Wayne Rooney (lima kali).

Tuchel kagum dengan impak Fernandes sejak berhijrah ke United, membantu pasukan kembali dalam kelompok empat terbaik musim lalu sebelum membantu mereka ke tangga kedua musim ini.

"Kesannya sejak dia tiba di Manchester United tidak dapat digambarkan dan sukar dipercayai," kata Tuchel.

"Tiba dari Portugal, daripada pasukan yang kompetitif, dari kelab yang besasr namun bukan daripada liga yang terbaik untuk melangkah ke EPL dan bersaing dalam liga yang paling sukar, dengan impak yang dipamerkan, saya tidak memiliki perkara lain tetapi menyanjungi apa yang telah dipamerkan.

"Cukup luar biasa, dia salah seorang pemain tengah terbaik dunia, dan dia memiliki impak yan besar daripada seorang pemain dalam bola sepak, anda perlu berada di tahap terbaik kerana ia sesuatu yang mustahil dilakukan.

"Tetapi dia cukup berpengaruh dalam permainan menyerang pasukan dan kuncinya adalah menghalang gerakannya, menutup ruang kerana dia adalah kunci buat United."

United di tangga kedua EPL, 13 mata di belakang City tetapi enam mata berkelebihan ke atas Chelsea.