Pertahanan kiri Manchester United, Luke Shaw, memberi amaran bahawa masih banyak yang akan dibuktikan oleh Bruno Fernandes di Old Trafford.

Fernandes menjadi penggerak United sejak tiba daripada Sporting CP, Januari lalu dengan menghasilkan dua gol dan tiga bantuan jaringan dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Pemain kebangsaan Portugal itu menghasilkan umpanan gemilang yang disudahkan Anthony Martial sebelum Scott McTominay menjaringkan gol jarak jauh dalam waktu kecederaan ketika United menewaskan Manchester City 2-0 dalam perlawanan 'derby' Liga Perdana Inggeris di Old Trafford awal pagi semalam.

Berdasarkan reputasinya, Fernandes mendapat pujian menggunung daripada rakan sepasukannya, Shaw.

"Pada ketika kami sedar dia akan kehilangan penguasaan, kami memerlukan mereka untuk melakukan hantaran yang berisiko yang boleh memecahkan benteng lawan.

"Dia pembelian yang amat berbaloi setakat ini dan dia sudahpun melakukan beberapa bantuan dan jaringan penting.

"Kami akan terus meningkatkan tahap kami dan akan terus meningkatkannya kerana masih banyak yang akan dibuktikannya," katanya.

United seakan-akan sudah memulihkan reputasi mereka di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer dengan merekodkan 10 perlawanan tanpa kalah dalam kesemua kejohanan.

Skuad The Red Devils itu, yang tidak pernah tewas dalam Liga Perdana sejak Januari lalu, berada di tangga kelima dengan hanya ketinggalan tiga mata di belakang Chelsea dalam perebutan tempat ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

"Saya mengimbas kembali, emosi terlalu menguasai kami dan saya fikir kami tidak dapat mengekalkannya, dan saya fikir sudah sampai masanya untuk kami mengubah posisi," katanya ketika mengimbau rekod 11 perlawanan tanpa kalah ketika Solskjaer bertindak sebagai pengurus sementara musim lalu.

"Kami kini mungkin lebih berpengalaman dengannya kerana kami amat kecewa dengan cara kejatuhan kami dan ia bukanlah Man United.

"Kami perlu kekal di tahap tertinggi.

"Saya pasti pengurus dan jurulatih akan terus berada di samping kami dan akan terus mendorong kami tetapi sebagai pemain, kami perlu mendorong sesama sendiri setiap hari untuk mencapai apa yang kami mahukan.

"Saya tiada keraguan untuk kami menamatkan musim ini dengan amat kuat," tambahnya.