Milan sedia terima kepulangan Ibrahimovic

By Staff Writer 7 August 2017 1070
Milan sedia terima kepulangan Ibrahimovic
Pengarah sukan AC Milan, Massimo Mirabelli, telah membuka pintu untuk menerima semula penyerang, Zlatan Ibrahimovic, kembali ke Rossoneri.

Pemain berusia 35 tahun itu kekal sebagai ejen bebas selepas dilepaskan oleh Manchester United pada penghujung musim lalu.

LA Galaxy merupakan antara kelab yang berminat tetapi penyerang itu dilihat bakal kekal beraksi di Eropah selepas pulih daripada kecederaan lututnya.

Ibrahimovic telah memenangi Scudetto dan meraih but emas Serie A dalam tempoh dua musim bersama Milan dan masih terdapat peluang untuk menyaksikan mereka kembali bersama.

"Ibrahimovic? Ttidak mustahil. Kami sedia menerimanya untuk kembali bersama kami," kata Mirabelli.

"Saya tidak mahu memberikan bayangan kepada Ibrahimovic tetapi pintu sentiasa terbuka jika dia mahu bersama Milan.

"Kami akan membuat penilaian rapi terhadap perkara yang perlu kami laksanakan selepas 15 Ogos."

About Author

Staff Writer

Comment