Saingan Liga Perdana Inggeris akan mengikut langkah Liga Pro Belgium dan membatalkan baki kejohanan, kata Pengarah Udinese, Pierpaolo Marino.

Tatkala Liverpool 25 mata unggul di puncak liga, saingan tertinggi di England ditangguhkan bulan lalu susulan wabak coronavirus.

Banyak liga di dunia turut terpalit dengan situasi itu sambil Belgium sedia untuk membatalkan baki saingan dan memberikan kejuaraan kepada pendahulu, Club Brugge.

Marino, pengarah kelab yang dimiliki oleh Giampaolo Pozzo, bapa kepada pemiliki Watford, Gino, percaya England akan lakukan perkara sama.

"Persekutuan Belgium telah membuat keputusan untuk menamatkan kejuaraan walaupun wujud ancaman daripada UEFA," katanya.

"England melibatkan isu sama kerana situasi menjadi lebih serius. Saya bercakap mengenai Liga Perdana Inggeris."

Marino menambah: "Kami mahu menghindarkan diri daripada bahaya ini. Saya risau tentang musim akan datang dan bukan yang lama."

Lebih 81,800 nyawa terkorban di seluruh dunia akibat wabak coronavirus dalam lebih 1.4 juta kes.

Di Britain, terdapat lebih 6,100 nyawa telah terkorban.