Ed Woodward akan tinggalkan Manchester United

By Muzaffar Musa 21 April 2021 1757
Ed Woodward akan tinggalkan Manchester United
Ed Woodward akan meninggalkan peranannya sebagai naib pengerusi eksekutif Manchester United seperti yang dilaporkan Stats Perform News.

Perkhabaran itu tiba selepas spekulasi bahawa perancangan untuk menganjurkan Liga Super Eropah akan menemui kegagalan.

Woodward dilaporkan sebagai salah satu faktor pendorong kepada pasukan yang terlibat untuk merancang menubuhkan liga berkenaan pada Ahad lalu

Cadangan itu ternyata tidak digemari ramai dan mendapat kritikan daripada penyokong, pakar bola sepak dan pemain -- termasuk pemain United seperti Marcus Rashford dan Luke Shaw -- pengurus dan ahli politik, di mana Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) turut menjanjikan hukuman berat buat kelab-kelab yang terlibat.

Turut dimaklumkan bahawa Woodward, 49, akan meninggalkan kelab itu pada penghujung 2021 dan akan meneruskan peranannya sehingga tarikh itu.

Pemergian Woodward itu dikatakan dilakukan secara baik dan tiada kena-mengena dengan Liga Super Eropah.

Watak yang sering menjadi buah mulut penyokong United, Woodward, bertindak sebagai ketua eksekutif kelab itu dan menjadi penasihat kepada keluarga Glazer ketika mereka mengambil alih Old Trafford pada 2005.

Dua tahun kemudian, Woodward mengambil alih peranan komersial di kelab itu sebelum dilantik sebagai naib presiden eksekutif pada 2012 selepas David Gills mengumumkan persaraan.

Walaupun dia dapat memastikan perpindahan besar seperti Paul Pogba dan Bruno Fernandes, keberadaan Woodward di United sering mendapat kritikan peminat.
 

About Author

Muzaffar Musa

Comment