Conte tidak halang Hazard jika mahu berhijrah

By Staff Writer 7 August 2017 2888
Conte tidak halang Hazard jika mahu berhijrah
Pengurus Chelsea, Antonio Conte, mengakui beliau tidak memiliki sebarang kuasa untuk menghalang penjualan Eden Hazard jika Barcelona mahu mendapatkan khidmat bintang Belgium itu.

Hazard telah dilaporkan bakal menjadi pengganti Neymar di Nou Camp manakala Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG) turut dikaitkan mahu mendapatkan pemain itu. 

Conte mendedahkan beliau tidak berpuas hati dengan perpindahan Nemanja Matic ke Manchester United tetapi menegaskan juara bertahan EPL itu masih mempunyai ruang yang boleh diperbaiki.

Pengurus kelahiran Itali itu turut menyatakan bahawa Hazard gembira di Stamford Bridge tetapi sebarang keputusan mengenai masa depan pemain berusia 26 tahun itu terletak di tangan pihak pengurusan.

"Saya adalah seorang jurulatih dan saya boleh memberikan pendapat. Tetapi keputusan terakhir dilakukan oleh kelab," kata Conte.

"Semua ini adalah khabar angin dan Hazard gembira bersama kami, bermain untuk Chelsea dan menghadapai musim baru di England.

"Kami sedang cuba membeli pemain, bukan menjualnya. Jika tidak, kami akan menghadapi masalah."

About Author

Staff Writer

Comment