Kedua-dua pasukan, bagaimanapun, terikat tanpa jaringan dalam suku pertama meskipun berhasil mencaturkan beberapa gerakan berbahaya.
Perak akhirnya memecahkan kebuntuan dalam suku kedua menerusi gol padang Arif Sabron pada minit ke-19.
Pemain kebangsaan, Syed Syafiq Syed Cholan, kemudian melebarkan jurang jaringan itu dalam suku ketiga apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-41.
Sabah berpeluang merapatkan jurang pada suku keempat tetapi gagal menyempurnakan gerakan 'set-piece' susulan pukulan sudut penalti.
Perak picked up their first win in Group B following their comfortable 2-0 win over Sabah in the Men’s Division of the...
Posted by Malaysian Hockey Confederation on Sunday, 20 September 2020
Keputusan lain:
Kumpulan A
Perlis 3 Pulau Pinang 2