Kepakaran Gobinathan ditagih Bangladesh

By Ammar Hakim 16 January 2021 339
Kepakaran Gobinathan ditagih Bangladesh
Bekas penolong jurulatih skuad hoki negara, Iman Gobinathan Abdullah, menerima tawaran sebagai jurulatih pembangunan hoki Bangladesh di mana dia akan berangkat ke Dhaka, Selasa ini.

Ini merupakan kali ketiga Gobinathan menerima tawaran Bangladesh selepas 2015 dan 2018.

Dalam tempoh itu, bekas pertahanan negara itu berjaya membantu bangladesh layak ke Sukan Olimpik Remaja 2018 sekali gus pencapaian terbaik dalam sejarah negara terbabit.

Kejayaan itu meyakinkan Persekutuan Hoki Bangladesh untuk menawarkan satu lagi tugas penting kepada Gobinathan.

"Saya berasakan ia merupakan tanda penghargaan daripada pihak Bangladesh dan mereka mahu saya kembali berkerjasama dengan mereka.

"Ia merupakan cabaran yang berbeza kali ini, ia melibatkan pembangunan sukan hoki di sana. Mereka memiliki bakat yang luas cuma ia masih tidak ditemui. Menghasilkan struktur sukan hoki di Bangladesh, mereka mampu meningkatkan lagi mutu di peringkat antarabangsa."
 

About Author

Ammar Hakim

Comment