Tonggak skuad hoki Perak, Arif Sabron memainkan tugas penting membantu Butterfly Roma menewaskan Suelli Hc, 8-1 untuk kemenangan kedua Serie B Liga Itali.

Pemain tengah berusia 22 tahun itu mencatat penampilan kedua bersama Butterfly Roma sejak tiba di Itali, dua minggu lalu.

Lebih menarik, dia hampir mencatat nama sebagai penjaring namun tidak dikira kerana siren penamat sudah dibunyikan.

"Keserasian bersama rakan sepasukan semakin baik dan ketika ini 13 jaringan telah dihasilkan Butterfly Roma setakat ini," kata Arif.