Tuchel sangat gembira Chelsea atasi Atletico

By Ammar Hakim 24 February 2021 552
Tuchel sangat gembira Chelsea atasi Atletico
Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, memuji barisan pemain selepas The Blues mengawal aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) ke atas Atletico Madrid.

Jaringan cemerlang Olivier Giroud memastikan kemenangan 1-0 ke atas Atletico dalam aksi pertama UCL awal pagi tadi -- perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Bucharest ekoran sekatan perjalanan antara United Kingdom dan Sepanyol.

Chelsea mendominasi permainan ketika berdepan pendahulu LaLiga ketika Tuchel meneruskan rekod cemerlang selepas menggantikan Frank Lampard bulan lalu.

Bekas ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Tuchel, sekadar bolos dua kali dalam lapan perlawanan sebagai pengurus Chelsea -- hanya Mourinho dibolosi kurang daripada bilangan tersebut (satu).
 

Tuchel memberikan pujian kepada barisan pemain selepas tamat perlawanan dengan berkata, "Saya sangat gembira untuk pemain dan pasukan atas kemenangan ini. Kami benar-benar memperoleh keputusan yang baik ke atas lawan yang berkualiti.

"Amat penting buat kami kekal fokus sepanjang 96 minit waktu permainan. Kami harus menerima bahawa sukar untuk menghasilkan peluang, tetapi kami berjaya dan ia adalah usaha sepasukan."
 
 

About Author

Ammar Hakim

Comment