Thomas Tuchel melabel Paul Pogba sebagai salah seorang pemain tengah terbaik dunia menjelang pertemuan Paris Saint-Germain dengan Manchester United.

PSG menerima kunjungan United di Paris awal pagi esok untuk aksi pembukaan Kumpulan H saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Menjelang pertemuan itu, Tuchel memuji Pogba, yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Ligue 1 itu sebelum ini.

"Dia salah seorang pemain tengah terbaik dunia. Terdapat kunci untuk menghalangnya," katanya.

"Bruno Fernandes yang kerap melakukan hantaran jauh. Salah sebuah pasukan terbaik Eropah dalam transisi menyerang. Ia amat penting untuk menghentikan serangan balas mereka.

"Kami mahu mengawal bola, kami mahu mendominasi permainan dan mempamerkan gaya permainan kami. Kami memerlukan struktur yang baik dan kerap melakukan tekanan."

Bekas rakan sepasukan Pogba, Ander Herrera, turut memuji pemain kebangsaan Perancis itu.

Herrera, yang meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tahun lalu untuk bersama PSG, percaya Pogba akan menjadi salah seorang pencabar Ballon d'Or jika mula memenangi banyak gelaran.

"Saya berasakan dia memiliki segala-galanya. Saya telah bercakap sebelum ini tiada pemain tengah sepertinya. Dia mampu melakukan segala-galanya. situasi satu lawan satu, box-to-box, dia boleh lakukan semua. Dia memiliki semua kualiti itu," katanya.

"Tetapi saya adalah seorang pemain PSG sekarang. Saya berharap segala yang terbaik buat Paul dan Man United kerana sentiasa dalam kenangan tetapi [awal pagi esok] saya akan berjuang untuk pasukan yang berbeza, untuk PSG."