Ronaldo: Real Madrid perlukan Neymar

By Penulis Jemputan 8 February 2018 2698
Ronaldo: Real Madrid perlukan Neymar
Legenda Brazil, Ronaldo, menyifatkan Real Madrid amat memerlukan pemain terbaik dunia dan harus mendapatkan pemain Paris Saint-Germain (PSG), Neymar.

Neymar menyertai PSG pada musim panas lalu menerusi perpindahan rekod dunia bernilai EUR222 juta (RM1.06 bilion) dan menandatangani kontrak sehingga 2022 bersama gergasi Perancis itu.

Bagaimanapun, dia dikaitkan dengan perpindahan ke Santiago Bernabeu dan Ronaldo yang pernah berkelana di Madrid selama empat musim yakin Los Blancos sentiasa mahu mendapatkan pemain terbaik dan salah seorangnya adalah Neymar.

"Neymar adalah pemain yang sangat hebat, mungkin akan muncul sebagai pemain terbaik dunia dalam masa beberapa tahun dan Madrid memerlukan kualiti itu," katanya.

Bagaimanapun, Ronaldo tidak pasti sama ada perpindahan itu mampu dijadikan satu realiti sambil berpendapat bahawa Madrid mampu menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali ketiga berturut-turut memandangkan mereka kini menduduki tangga keempat LaLiga.

"Saya tidak mendengar Real Madrid menghantar wakil  untuk bertanya tentang Neymar.

"Buat Madrid, mereka harus memikirkan kejayaan mereka dalam dua tahun terakhir. Mereka melalui kempen yang bagus dalam saingan UCL musim ini dan kita akan saksikan pengakhirannya. Dalam bola sepak, segalanya boleh berubah dalam sekelip mata."
 

About Author

Penulis Jemputan

Comment