Real Madrid memenangi gelaran LaLiga pertama dalam tempoh lima musim selepas mencipta kemenangan 2-0 di Malaga, awal pagi tadi.

Skuad Zinedine Zidane yang merupakan finalis Liga Juara-Juara Eropah turun beraksi pada hari terakhir musim ini dengan memerlukan satu mata di La Rosaleda untuk muncul sebagai juara menewaskan musuh ketatnya, Barcelona.

Akhirnya mereka melakukan lebih daripada secukupnya kerana gol daripada Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema memastikan kemenangan ke-29 dalam liga utama Sepanyol. Real Madrid menamatkan musim dengan rekod 29-6-3 untuk 93 mata, tiga mata di depan Barca.

Secara keseluruhan, Madrid melanjutkan rekod sepanjang zaman untuk LaLiga dengan meraih 33 kemenangan, dan kejayaan musim ini menggugat dominasi Barcelona dalam pertandingan ini.

Gelaran Los Blancos ketika berada di bawah Jose Mourinho pada 2011/12, menandakan kemarau paling lama sejak Barca di bawah bimbingan Johan Cruyff memenangi empat gelaran berturut-turut di antara 1990/91 dan 1993/94.

Real kini mempunyai dua kejayaan La Liga sejak sembilan musim lalu, di antaranya adalah enam gelaran milik Barca dan satu kejutan dicipta Atletico Madrid pada 2013/14.

Skuad Zidane kini akan cuba menjadi pasukan pertama dalam era Liga Juara-Juara untuk mengekalkan kejuaraan Eropah apabila mereka menghadapi Juventus di Cardiff pada 3 Jun.