Pochettino harapkan Messi, puji aksi Martinez

By Nafis Abdullah 20 March 2020 1022
Pochettino harapkan Messi, puji aksi Martinez
Bekas pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino, berharap dapat pulang ke Newell's Old Boys bersama bintang Barcelona, Lionel Messi.

Pochettino memulakan kariernya selaku pemain bola sepak di Newell's setelah muncul daripada akademi kelab itu pada 1989 sebelum menyertai Espanyol dalam saingan LaLiga pada 1994.

Masa depan Pochettino terus menjadi persoalan sejak dia dipecat Spurs November lalu tatkala dia dikaitkan dengan Manchester United dan Real Madrid.

Namun, pengendali itu mendedahkan keinginannya untuk pulang ke Newell's, bersama pemenang enam kali Ballon d'Or, Messi, yang turut lahir daripada produk kelab Argentina itu.

"Saya harap dapat kembali ke kelab itu satu hari nanti," kata Pochettino.

"Saya masih boleh tunggu, mungkin dalam tempoh 10 tahun lagi, dengan Messi."

Seorang lagi pemain dari Argentina, Lautaro Martinez, turut menjadi perhatian selepas prestasi hebat bersama kelab Serie A, Inter Milan.

Martinez kini dilaporkan menjadi sasaran juara LaLiga, Barcelona, yang ingin mendapatkan pengganti jangka panjang buat Luis Suarez.

"Martinez adalah salah seorang penyerang terbaik dunia," tambah Pochettino.

"Ia bukan sahaja mengenai apa yang dilakukan tetapi potensi yang dimiliki. Jika anda mencari penggempur merbahaya, jelas sekali namanya ada."

About Author

Nafis Abdullah

Comment