Piala Suzuki AFF ditunda ke hujung tahun depan

By Muzaffar Musa 7 December 2020 247
Piala Suzuki AFF ditunda ke hujung tahun depan
Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) hari ini mengumumkan bahawa kejohanan terbesar rantau ini, Piala Suzuki AFF, yang sepatutnya berlangsung bulan lalu, kini dipinda ke Disember 2021.

Jelas kenyataan yang dikeluarkan laman web rasmi AFF sebentar tadi, keputusan itu terpaksa diambil bagi mengutamakan kesihatan dan keselamatan semua pihak di samping memberikan jaminan buat kesemua pemegang taruh kejohanan itu, termasuk ahli persatuan AFF, pasukan, pemain dan pegawai, rakan komersial dan penyokong.

Presiden AFF, Mejar Jeneral Khiev Sameth, berkata: "Seperti kebiasaan, keutamaan kami adalah kesihatan dan keselamatan semua yang terlibat dengan kejohanan ini.

"Dengan itu, kami memantau perkembangan COVID-19, sama ada di ASEAN atau seluruh dunia.

"Walaupun terdapat perkembangan positif mengenai vaksin, kami menyedari bahawa proses kelulusan vaksin dan praktikaliti pengedarannya dan implementasi program vaksin di seluruh dunia, termasuk ASEAN, akan memerlukan masa.

"Dengan kompleksiti di sekitar organisasi kejohanan ini, dan ramai orang dan organisasi yang terkesan dengannya, AFF percaya dengan mengambil pendekatan pragmatik dan mengambil kira keperluan setiap pemegang taruh untuk memperoleh maklumat dan menyusun semula aktivti mereka -- dan supaya perancangan untuk akhir tahun itu dapat difokuskan kepada Piala Suzuki AFF, sebagai kesempatan terbaik untuk bola sepak di rantau ini kembali seperti dulu," katanya.
 

The #AFFSuzukiCup2020 has been rescheduled to December 2021 📅 Read the following press release for more info 👇

Posted by AFF Suzuki Cup on Monday, 7 December 2020


 

About Author

Muzaffar Musa

Comment