Aidilfitri yang bakal tiba, disambut suram pemain bola sepak Kuala Lumpur, Azman Chuchu, apabila terpaksa beraya di perantauan tanpa keluarga tercinta susulan pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan kerajaan.

Azman merupakan adik kepada bekas pemain skuad B-23 negara, Ashri Chuchu.

Dia tidak dapat pulang ke Limbang, Sarawak susulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun.

Justeru, Hari Raya Aidilfitri kali ini agak hiba buat Azman kerana tidak dapat mencium tangan ayah bonda di pagi raya, apatah lagi merasa juadah istimewa yang disediakan.

"Perasaan memang amat sedih kerana tidak dapat berjumpa keluarga," kata Azman yang berkongsi kesayuan menjelang Syawal kali ini bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Saya telah membuat permohonan tetapi ditolak dan tidak dibenarkan pulang ke Sabah."