Penyerang Atletico Madrid, Luis Suarez, telah menjaringkan gol ke-150 dalam saingan LaLiga, menjadi pemain kedua terpantas untuk mencapai rekod tersebut abad ini.

Pemain kebangsaan Uruguay itu membuka jaringan buat Atleti semalam ketika bertemu Celta Vigo.

Suarez meraih jaringan ke-150 itu dalam penampilannya yang ke-195 -- lebih pantas berbanding rakan sepasukan, Lionel Messi dan hanya di belakang Cristiano Ronaldo, yang mencapai rekod tersebut dalam 140 perlawanan buat Real Madrid.

Suarez telah mencetak tiga kali bersama Atletico dan 147 bersama Barcelona, di mana dia meraih enam trofi sebelum berhijrah menjelang musim baharu.


Daripada 150 gol dalam saingan LaLiga, 110 menerusi kaki kanan, 26 dengan kaki kiri dan 14 kali menerusi tandukan.