Lenglet dilayangkan kad kuning kedua pada penghujung babak pertama selepas pengadil, Carlos del Cerro Grande, berasakan pemain pertahanan itu menghadang Denis Suarez dengan lengannya.
Barca pada ketika itu mendahului 1-0 hasil jaringan Ansu Fati sebelum memperoleh kemenangan kedua daripada dua perlawanan LaLiga musim ini selepas Lionel Messi memaksa Lucas Olaza terjaring ke gawang sendiri dan Sergi Roberto menambah gol ketiga dalam waktu kecederaan.
Koeman berasa sempati kepada Lenglet tetapi berasakan adalah lebih penting untuk membicarakan mengenai perwatakan skuad Blaugrana itu dalam cuaca lembap dan berangin di gelanggang lawan berkenaan.
❝It's a great win.❞
— FC Barcelona (@FCBarcelona) October 1, 2020
— @RonaldKoeman
Post-game live on Barça TV+
▶️ https://t.co/v28AM27Zzq pic.twitter.com/zkOxTE49rT
"Anda boleh mempertikaikan sama ada ia kad kuning atau tidak," kata ketua jurulatih Barca itu seperti yang dipetik Marca.
"Ia satu hukuman yang sukar. Amat sukar untuk menjadi pengadil. Ia satu keputusan yang tidak perlu kita bincangkan.
"Saya amat berbangga dengan pasukan ini dalam perlawanan hari ini. Kami berusaha dengan amat gigih dan bermain dengan amat berdisiplin dalam satu pasukan dengan kekurangan seorang pemain.
"Kami melakukan tugas yang baik. Keputusan ini membuatkan kami berfikir bahawa kami sedang berada di landasan yang betul," katanya.