Kejayaan yang lebih manis -- Pirlo raih trofi pertama selaku ketua jurulatih

By Ammar Hakim 21 January 2021 4437
Kejayaan yang lebih manis -- Pirlo raih trofi pertama selaku ketua jurulatih
Ketua jurulatih Juventus, Andrea Pirlo, berasakan menjulang trofi pertama selaku pelatih 'lebih indah' berbanding kejayaannya sebagai pemain.

Jaringan daripada Cristiano Ronaldo dan Alvaro Morata termasuk dengan kegagalan Lorenzo Insigne menyempurnakan penalti memberikan kemenangan 2-0 ke atas Napoli di Reggio Emilia awal pagi tadi.

Pirlo memenangi Liga Juara-Juara (UCL) dan Piala Dunia sepanjang bergelar pemain tetapi perasaan memimpin pasukan menjuarai gelaran adalah sesuatu yang berbeza.

"Ia merupakan satu perkara yang indah untuk dinikmati," kata Pirlo. "Menjulang trofi pertama sebagai jurulatih adalah perasaan yang berbeza, lebih indah berbanding sebagai pemain.

"Saya memimpin pasukan yang penting, kelab yang penuh bersejarah."
 

Kemenangan tersebut meredakan perit kekalahan 2-0 kepada Inter ketika juara Serie A itu kini ketinggalan 10 mata dalam persaingan takhta Serie A.

"Ini merupakan kemenangan penting bagi Juventus.

"Kami mahu membuktikan ini adalah kemampuan sebenar pasukan, bukan ketika di San Siro."

About Author

Ammar Hakim

Comment