FAS perkenal koleksi raya buat peminat

By Ammar Hakim 23 May 2020 131
FAS perkenal koleksi raya buat peminat
Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri biarpun sambutan yang agak berbeza.

FAS mengambil peluang dalam menyediakan pelbagai koleksi raya dan ianya disambut baik terutamanya daripada penyokong The Red Giants.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atas faktor penularan wabak Covid-19 yang memaksa saingan Liga Malaysia ditangguhkan sekaligus ia merencatkan pendapatan setiap pasukan.

Perancangan mengeluarkan koleksi raya tersebut telah dirancang sejak Disember tahun lalu, bagi koleksi busana lelaki dengan 6000 helai untuk dewasa dan kanak-kanak.

Namun, situasi semasa menjadikan pasukan itu hanya mengeluarkan 3000 helai sahaja apabila perancangan awal tergendala ekoran bazar Ramadan tidak boleh beroperasi menyaksikan mereka hanya membuat jualan di Padang Latihan SUK sahaja.

"Kami telah berancang dan kebetulan situasi semasa terpaksa merencatkan sedikit apa yang telah kami mahu usahakan. Kami memperkenalkan koleksi Baju Melayu, butang serta sampul duit raya melengkapkan Hari Raya buat setiap peminat Selangor," kata Pengurus Selangor, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid.

About Author

Ammar Hakim

Comment