Karim Benzema telah bermain secara fenomena ketika membantu Real Madrid memperoleh satu lagi kemenangan, kata ketua jurulatih pasukan itu, Zinedine Zidane.

Benzema menjaringkan satu gol selain membantu dua jaringan rakan sepasukannya untuk Madrid merakamkan lima kemenangan berturut-turut dalam kesemua kejohanan dengan menewaskan Eibar 3-1 dalam perlawanan LaLiga awal pagi tadi.

Ia merupakan kali ke-30 pemain kebangsaan Perancis itu menghasilkan gol dan bantuan jaringan dalam satu perlawanan dan hanya Cristiano Ronaldo (44) telah merekodkan nilai lebih tinggi buat Madrid sepanjang abad ke-21.

Prestasi Benzema itu menerima pujian Zidane dengan Madrid kini berkongsi kedudukan teratas liga dengan Atletico Madrid, yang berkelebihan dua perlawanan dalam tangan.

"Dia melakukannya secara fenomena tetapi bukan dengan hanya menjaringkan gol," katanya dalam sidang media.

"Ia bukan hanya disebabkan jaringan, ia tentang seluruh perlawanan. Ia sesuatu yang jelas dalam perlawanan dan amat penting buat pasukan kami.

"Kemudian, kita juga harus memuji usaha seluruh pasukan ini," katanya.

Benzema mencetuskan jaringan Luka Modric untuk menjadikan kedudukan 2-0 sebelum Kike merapatkan jurang buat Eibar, yang berasakan mereka seharusnya diberikan sepakan penalti susulan insiden bola terkena tangan Sergio Ramos.

Zidane enggan mengulas mengenai pasukan itu selepas Madrid mengesahkan kemenangan mereka menerusi gol Lucas Vasquez dalam waktu kecederaan.

"Apa yang paling penting adalah pengadil amat pasti mengenainya.

"Seperti kebiasaan, saya tidak mahu ikut campur. Pengadil berada di sana untuk membuat keputusan dan itulah keputusannya," katanya.

Jadual padat Madrid akan diteruskan dengan menantikan kunjungan Granada, Rabu ini.