Karim Benzema berkata dia "hanya bercakap jujur" atas ulasannya terhadap rakan senegaranya, Olivier Giroud.

Penyerang Real Madrid itu berkata, "jangan keliru di antara perlumbaan Formula Satu (F1) dengan go-kart" apabila ditanya di Instagram secara langsung ketika dibandingkan dengan penyerang tengah Chelsea berkenaan.

Giroud telah mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Benzema di peringkat antarabangsa sejak 2015 malah membantu Perancis menjulang kejuaraan Piala Dunia pada 2018.


Benzema berusaha untuk menjelaskan komennya itu semalam dengan menyatakan bahawa dia juga bercakap tentang kekuatan sambil membandingkan dirinya pula dengan bekas bintang Brazil Ronaldo.

Bagaimanapun, Benzema menegaskan penilaiannya itu.

Bercakap di Instagram, dia berkata: "Mengenai Giroud, saya hanya jujur.

"Kita telah ketepikan apa yang saya perkatakan terhadapnya terutama mengenai sumbangannya kepada pasukan kebangsaan Perancis.

"Kita hanya mengingati mengenai perumpaan saya adalah F1 manakala dia adalah go-kart. Itulah yang saya fikir, kebenaran dan caranya.

"Kerana kalau sekarang anda membandingkan saya dengan R9 (Ronaldo): (maka) R9 adalah F1, dan saya g-kart pula. Itulah cara kami melupakannya soal ini."

Benzema menyumbat 27 gol dalam 81 penampilan di peringkat antarabangsa bersama Perancis sementara Giroud di tangga ketiga dalam senarai penjaring terbanyak negaranya menerusi 39 gol daripada 97 perlawanan.

Sebelum wabak koronavirus (Covid-19) memaksa LaLiga, Liga Perdana dan Euro 2020 ditunda, Benzema telah meledak 19 gol untuk skuad kendalian Zinedine Zidane itu sepanjang musim ini.