Quique Setien berkata Barcelona mencari semula identiti selepas mengalami kekalahan 82 kepada Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.

Barca dibolosi lapan gol dalam satu perlawanan buat pertama kali sejak 1946 ketika gergasi LaLiga itu disingkirkan daripada pusingan suku akhir di Lisbon.

Barca yang diketuai Lionel Messi, ketinggalan 4-1 pada separuh masa pertama, terjunam ke dalam krisis apabila turut gagal mempertahankan gelaran LaLiga musim ini.

Setien -- yang menggantikan Ernesto Valverde Januari lalu -- dilaporkan bakal dipecat berkata, "Barcelona perlu mencari semula identiti dan mengatasi semua ini.

"Buat masa ini, masih tiada lagi pesanan yang jelas diberikan, realitinya, kami semua sangat kecewa."

"Ia merupakan sesuatu yang mengecewakan buat penyokong Barca. Kami perlu mencari jalan untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang."