Parchment melakukan catatan masa 13.04 saat, mengatasi wakil Amerika Syarikat, Holloway (13.09s), dengan Ronald Levy meraih satu lagi pingat buat Jamaica dengan gangsa (13.10s).
HANSLE PARCHMENT does it for Team #JAM 13.04 for the #Gold with RONALD LEVY getting the #Bronze in 13.10 for the Men’s 110M Hurdles #Olympics pic.twitter.com/M9VFGa4kma
— Sanade ???? (@sweetsanade) August 5, 2021
Atlet berusia 31 tahun itu menjadi atlet tertua memenangi acara tersebut dalam sejarah Olimpik, dengan pingat emas akhirnya hadir selepas sembilan tahun Parchment meraih gangsa dalam London 2012.
Holloway mendahului sepanjang perlumbaan mengejar rekod dunia Aries Merritt 12.80s yang dilakar pada 2012.
Dia bagaimanapun kehilangan rentak pada penghujung perlumbaan menjejaskan momentum, membenarkan Parchment melintasi garisan penamat di tempat pertama.
Seorang lain pencabar utama dari A, Devon Allen, terlepas pingat apabila menjatuhkan pagar ketika melakukan larian dengan catatan masa 13.14s.