Putrajaya Cyborg tidak gentar menghadapi cabaran kuasa besar seperti KL Thunder, Johor Tigris serta Kelantan Warriors meskipun bakal turun buat kali pertama dalam divisyen Liga Perdana saingan Liga Sepak Takraw (STL).

Tegas jurulatihnya, Zulkarnain Arif, dia optimis gabungan pemain muda dan berpengalaman mampu untuk menghadirkan seribu satu masalah buat lawan mereka.

"Kami mengekalkan empat pemain lain dan beberapa lagi pemain baru yang dibawa masuk ke dalam skuad," kata Zulkarnain.

"Kami cuba melayakkan diri ke saingan Piala Juara-Juara STL dan kekal dalam saingan Liga Perdana, itu sasaran pasukan.

"Saya kebolehan serta kualiti yang dimiliki mampu memastikan kami menepati sasaran."