PDRM terus menjadi mangsa belasahan sambil Johor Tigris mengintai kedudukan ATM yang menguasai posisi kedua saingan STL 2020.
Rehat sehari selepas tewas kepada Negeri Sembilan Antlers Ahad lalu, Johor yang membariskan Muqlis Burhan selaku pengumpan merangkap ketua pasukan, Muhammad Faisal Mohd Fuad (tekong), dan Noraizat Nordin (perejam) turun dengan azam mencapai kemenangan.
Namun, PDRM tidak memberikan laluan mudah apabila memberikan saingan sengit dalam set pertama sebelum tewas 15-21.
Johor bangkit harini mengutip kemenangan menewaskan PDRM dalam 3 set #STL2020 #INIMILIKKITA
Posted by SepakTakraw League on Wednesday, December 23, 2020
Segalanya serba tidak menjadi buat Johor dalam set berikutnya yang dibayangi libasan padu Norhafizi Razak di samping gandingan Izzat Zainal dan Shahril Rosdi.
PDRM menang 21-18 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.
Pertukaran dilakukan kedua-dua pasukan dalam misi mencari kemenangan dan PDRM nyata tidak mahu mengalah, tetapi Johor Tigris lebih ampuh untuk kemenangan mutlak 21-15 bagi mengekalkan posisi kedua STL.
Keputusan lain:
Terus kekal dengan rekod tanpa kalah, harini KL turun menewaskan Penang dalam dua set. #STL2020 #INIMILIKKITA