Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Guardians berdepan persiapan mencabar menjelang perlawanan permbukaan Liga Sepak Takraw (STL) menentang Putrajaya Cyborg Jumaat ini di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Ini susulan keadaan dua pemain utama iaitu tekong, Hairul Hazizi Haidzir yang alami kecederaan ligamen lutut dan apit kiri, Norfaizzul Abdul Razak pula diserang sakit mata.

Ini menyaksikan tekong, Tunku Noor Azwari Tunku Ishak perlu bersedia untuk beraksi menggantikan Hazizi.

Musim lalu, ATM Guardians meraih naib juara liga selepas ditewaskan oleh Kuala Lumpur Thunders di saingan akhir pada Disember 2020.

Walaupun berada di kedudukan dua teratas, ATM Guardians tidak mahu terlalu selesa dengan pencapaian lalu, malah akan lebih berhati-hati menentang mana-mana pasukan terutamanya apabila status dua pemain utama yang kurang pasti.