Dari Perlis ke Stuttgart, Mohamad Amin Jamaluddin atau disapa 'Bonzer' memulakan kempen ragbi Bundesliga di Jerman dengan langkah kanan selepas jadi tonggak utama TV 1834 Pforzhime menewaskan RC Luxemburg 29 berbalas 26.

Berketinggian 182 sentimeter, Bonzer melakukan saty try yang begitu bermakna dalam kebangkitan yang dijelmakan sekaligus komited memberikan aksi terbaik bagi baki saingan musim ini.

"Sangat bersyukur apabila berjaya membantu pasukan meraih kemenangan selepas ketinggalan jauh dalam perlawanan ini. Try yang berjaya dilakukan adalah untuk keluarga dan diri sendiri dan kemenangan ini bakal dijadikan sebagai suntikan semangat untuk terus mengharumkan nama negara dan kelab," kata Amin.

Seorang lagi pemain kelahiran Malaysia, Noor Alif Ikhmal, turut berjaya melakukan try sementara Samuel Rentap menampilkan permainan yang cukup cemerlang bersama Pforzhime.