Bomba Fighters dan Sabah Mountaineers akan bersaing dalam Divisyen Perdana Liga Sepak Takraw (STL) musim ini selepas kedua-dua pasukan itu memenangi aksi separuh akhir playoff STL di Stadium Titiwangsa hari ini.

Biarpun menduduki tangga kedua tercorot musim lalu, Fighters akan kembali ke saingan utama berkenaan selepas mengesahkan kemenangan dalam separuh akhir 1 playoff dengan menewaskan Terengganu Turtles 21-18, 21-17.

Mountaineers pula turut memperoleh kelayakan automatik dengan menewaskan PDRM Defenders 21-19, 21-18 separuh akhir 2.