Namibia hanya dapat melakukan 96 larian sebaik melakukan pukulan pertama dan Sri Lanka tidak berdepan masalah untuk mengatasinya seawal over ke-14.
Maheesh Theekshana memainkan peranan utama buat Sri Lanka dengan menyingkirkan Stephan Baard menerusi lontaran pertamanya sebelum turut melakukannya ke atas Zane Green dan Jan Frylinck untuk menamatkan saingan dengan 3-25.
Craig Williams (29) merupakan satu-satunya pemain Nambia yang dapat melepasi angka 20.
Inning Sri Lanka, bagaimanapun, tidak bermula baik apabila mereka hanya mencatatkan 26-3 selepas bola petama pada over keenam tetapi Avishka Fernando (30 not out) dan Bhanuka Rajapaksa (42 not out) memberikan impak yang stabil untuk mereka mencatatkan 100-3.
Sri Lanka got off to the perfect start ?#RoaringForGlory #ApeKollo pic.twitter.com/XI2NYIc1Ja
— Sri Lanka Cricket ?? (@OfficialSLC) October 18, 2021