Perak Bison kembali mengecewakan Penang Black Panthers apabila menoktahkan langkah juara Challenge Cup itu dalam separuh akhir Emas Anuar Champions Cup Sepak Takraw League (STL), sebentar tadi.

Black Panthers menurunkan regu utama di Iskandar Malaysia Studios dengan Zarif Marican Ibrahim Marican dipertaruhkan sebagai tekong sambil diapit Zaim Razali (pengumpan) dan Aekasit Naphom (perejam).

Kutipan mata agak rapat yang rapat yang menyaksikan kedudukan terikat 11-11 sudah cukup memberi gambaran mengenai keseimbangan pertemuan ini.

Servis Meor Zulfikar Mat Amin kerap membantu Bison menghasilkan mata untuk 31 minit set pertama menjadi milik skuad kendalian Suhairi Aziz itu 22-20.

Skrip berbeza yang dipamerkan juara liga tiga kali ini mendahului Bison 9-5 dalam set seterusnya sebelum meninggalkan wakil dari utara untuk mengheret ke set penentuan dengan kemenangan 21-17.

Selepas 1 jam 40 minit beraksi, kelibat Noraizat Nordin yang dimasukkan gantikan Yodsanon kurang memberi impak pada awalnya dengan rejamannya digagalkan Azlan Alias.

Tetapi segalanya berubah selepas mata 12-9 dan aksi serba tidak menjadi lawan memberi kelebihan buat Bison untuk ke final dengan mencetak kemenangan 21-12.

Keputusan lain: