Skip to main content

Sepak Takraw

Emas Anuar STL: Putrajaya terus rentak kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

putaraya.jpg
Putrajaya Cyborg meneruskan rentak kemenangan apabila mereka menewaskan Selangor Pistons 2-1 dalam aksi Divisyen Perdana dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan saling mempamerkan kebolehan sejak permulaan set pertama sebelum Putrajaya menang 21-19.

Perlawanan yang bersambung dalam set kedua menyaksikan Selangor bangkit menyamakan kedudukan menerusi kemenangan 21-19.

Putrajaya kembali mendapat rentak permainan namun hilang momentum penghujung permainan sebelum mengakhiri pertemuan tersebut dengan kemenangan 23-21.

Kejayaan tersebut menyaksikan Putrajaya kini mengumpul lapan mata daripada empat kemenangan untuk menghuni kedudukan keempat dalam carta STL.

 

Advertisement

Must Watch Video