Perak Bison kembali menyusun rentak kemenangan di Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang, dengan mempamerkan aksi garang ketika menjinakkan Johor Tigris.

Prestasi kurang menjadi Rattadech Noijaroen juga menjadi antara faktor Tigris masih perlu menanti kemenangan sulung selepas empat perlawanan Emas Anuar Sepak Takraw League (STL), setakat ini.

Dalam pertembungan hari ini, sekalipun berusaha menggugat lawan dalam set pertama Tigris terpaksa akur kecundang 19-21.




Namun, kelonggaran di posisi lain juga tidak membantu tekong import dari Thailand itu yang turun dalam aksi kedua peribadinya untuk mencipta momentum, malah sekadar mencipta satu ace sahaja sebelum menutup aksi 15-21.

Dalam masa sama, Perak Bison perlu mengekalkan semangat juang tinggi apabila berhitung dengan Kuala Lumpur Thunder, malam esok.