THUNDER 2 TIGRIS 1

Perlawanan minggu kedua Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) 2022/23 tertumpu kepada perlawanan di antara pasukan Kuala Lumpur Thunder lawan Johor Tigris.


Mahu mengekalkan rekod dua kemenangan diraih minggu lalu, Thunder menyandarkan tugas penting ini kepada Syahir Rosdi, Khairol Zaman dan Amirul Zazwan.

Sementara itu, Tigris turut menyenaraikan bekas tekong kebangsaan Thailand, Rattadech Noijaroen, yang diturunkan buat kali pertama bersama Farhan Adam dan Syahmi Syazwan.

Bagaimanapun, Tigris mempamerkan langkah sumbang dalam set pertama apabila ketinggalan sejak awal permainan untuk tewas 17-21.

Set kedua, keserasian mula ditunjukkan gandingan Tigris dengan mereka pula yang mendominasi hingga Thunder hanya mampu meraih lapan mata sahaja.

Set penentuan makin dramatik apabila kedua-dua pasukan tidak mahu ketinggalan apabila sering mengejar mata bagi mengelak daripada ketinggalan jauh.




Namun, kesilapan demi kesilapan dilakukan Tigris menyaksikan Thunder menoktahkan kemenangan 21-13.

Dalam pada itu, KPT-Masum Knight sekali lagi melakar kejutan meraih kemenangan kedua, kali ini menewaskan Negeri Sembilan Antlers yang dibarisi pemain lebih berpengalaman dengan keputusan 14-21, 21-18, 21-17.






Keputusan lain:

Perak Bison kk ATM Guardians 0-2