ATM GUARDIANS 2 MELAKA TITANS 0

Juara bertahan divisyen perdana Liga Sepak Takraw (STL), ATM Guardians, menjulang Piala Sumbangsih 2023 apabila menewaskan Melaka Titans 2-0 dalam perlawanan pembukaan itu di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar sebentar tadi.

Berdepan juara divisyen 1 musim lalu berkenaan, Guardians yang dibarisi gandingan Hairul Hazizi Haidzir (tekong), Norfaizzul Abdul Razak(pengumpan) dan Afifuddin Razali (perejam), tidak berdepan masalah untuk mencatatkan kemenangan 21-17 dalam set pertama.

Izuan Afendi Azlan (tekong), Faizulhairy Osman (pengumpan) dan Hanafiah Dollah (perejam) cuba memberikan tentangan dalam set berikutnya buat Titans tetapi Guardians jelas terlalu ampuh menyingkap kempen musim ini dengan kemenangan 21-13 dalam set kedua.

Guardians seterusnya akan meneruskan saingan minggu pertama dengan menentang juara Piala Juara-Juara STL musim lalu, Kuala Lumpur Thunder esok, manakala Titans pula akan bertemu Penang Black Panthers sehari kemudian.

Keputusan lain: