Emas Anuar kekal sebagai penaja utama Liga Sepaktakraw (STL) bagi musim 2023.

Kesepakatan itu dimeterai dalam satu majlis menantangani perjanjian STL 2023 serta pelancaran pasukan Penang Black Panthers di Pulau Pinang hari ini.

Kerinduan peminat sukan sepak takraw bakal terubat apabila musim baru STL membuka tirai pada 26 Mei ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Emas Anuar SDN BHD, Khurulanuar Mhamad Noor, berkata antara faktor yang menarik syarikat perniagaan barangan kemas itu untuk terus menjadi penaja adalah demi memartabatkan sukar tradisi berkenaan.

"Saya mahu berterima kasih kepada Astro kerana memberikan peluang kepada Emas Anuar untuk terus menjadi penaja utama STL buat tahun kedua.

"Dengan pengalaman daripada tahun lalu, saya berharap sukan tradisi ini akan lebih cemerlang dan lebih dikenali dengan jayanya.

"Di samping itu, saya berharap Penang Black Panthers dapat membaiki kedudukan mereka dalam kejohanan tahun ini," katanya.