Muhammad Noraizat yang membarisi Perak Bison menganggap Anugerah Perejam Terbaik sebagai penyuntik semangat untuknyaa menghadapi Emas Anuar Champions Cup.

"Saya tidak sangka kami dapat muncul juara dan saya dinobatkan sebagai perejam terbaik.

"Ini kali pertama saya menyertai Perak dan dapat nombor satu serta diangkat sebagai pemain terbaik dalam saingan perdana," katanya.

Dalam pada itu, ketua jurulatih Perak Bison, Suhairi Abd Aziz, tidak menjadikan kehilangan beberapa pemainnya sebagai kekangan dalam misi merampas kedudukan teratas liga dengan mengatasi pendahulu awal, Kuala Lumpur Thunder.




Suhairi dinobatkan sealku jurulatih terbaik kejohanan yang hadiahnya disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, yang turut hadir menyaksikan perlawanan di Stadium Titiwangsa, malam tadi.

"Tiga pemain kami telah pergi ke Korat (Piala Raja Thai) tapi barisan pelapis beraksi dengan cemerlang apabila mengatasi ATM Guardians dan Kuala Lumpur Thunder dalam minggu ketujuh, jadi dari situ kami nampak ada peluang untuk merebut kejuaraan," katanya.

Pemain Paling Bernilai (MVP) Emas Anuar Challenge Cup, Muhammad Zaim Razali, daripada Penang Black Panthers mendedikasikan anugerah itu buatnya ibunya yang kini terlantar di hospital.

"Anugerah ini juga ditujukan kepada emak saya yang sedang berada d hospital akibat masalah kesihatan, jadi saya dedikasikan anugerah ini kepada orang yang banyak membantu saya," katanya selepas perlawanan semalam.