Kekalahan Chelsea pada perlawanan penutup tirai Liga Perdana Inggeris musim ini menentang Aston Villa tempoh hari telah mengundang keresahan peminat-peminat Chelsea apabila prestasi yang kurang konsisten dipamirkan sebelum berhadapan Manchester City pada perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah minggu ini.

Ketidak tentuan prestasi setiap pemain-pemain Chelsea itu perlu diatasi segera Thomas Tuchel kerana masa yang dimiliki Tuchel amat singkat sekali sekiranya ingin mengulangi pencapaian 2012 dimana Chelsea menjadi juara buat pertama kali.

Berdasarkan statistik keseluruhan dari jumlah jaringan dan bolos pada musim ini sudah tentu ia tidak begitu memberansangkan bagi Chelsea kerana ia menunjukkan kelemahan yang begitu ketara dari segi penyudah dan bertahan terutama di bahagian serangan. Ini perlu diperkemaskan Tuchel dalam masa terdekat sekiranya Chelsea ingin memberi saingan dan tekanan pada Manchester City pada pertemuan itu nanti kerana pada kita ini Man City mempunyai pengempur dan penyudah yang tajam. Itu boleh di lihat dari statistik jaringan dan bolos Man City musim ini, dimana Man City mengumpul 83 jaringan 32 bolos dari 38 perlawanan liga.

Itulah kekuatan yang ada pada Man City ketika ini namun ia tidak bermakna Chelsea tidak boleh menewaskan Man City kerana mengikut rekod pertemuan musim ia agak seimbang dan apa yang perlu dilakukan hanya meningkatkan keyakinan diri dan mempertajamkan penyudah Chelsea terutamanya pemain-pemain di bahagian serangan seperti Timo Werner sebagaimana dinyatakan Tuchel semasa di wawancara oleh sebuah akhbar yang berpangkalan di England. Penyerang muda German itu perlu mempertingkatkan keyakinan diri dan penyudahnya sekiranya ingin membantu Chelsea menjulang Piala Liga Juara-juara Eropah kerana setakat ini Werner hanya mampu menjaringkan 6 gol dari 35 perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Sekiranya bahagian penyudah itu tidak dapat diatasi dengan segera dalam beberapa hari ini sudah tentu ia sukar untuk Chelsea mengulangi pencapian 2012 itu kerana Man City ketika ini pemain-pemainnya berada pada emosi yang terbaik mereka setelah menjulang Liga Perdana Inggeris musim ini walaupun ada sedikit penurunan dari segi prestasi pada hujung liga. Namun Man City juga akan bermain di bawah tekanan kerana ini merupakan kali pertama Man City layak ke perlawanan akhir dan sudah tentu harapan yang diletakkan peminat-peminat Man City agak tinggi. Kesempatan ini perlu di ambil sebaik mungkin oleh Chelsea kerana peluang ini hanya datang sekali dan tidak ada yang keduanya kerana ketajaman penyudah Chelsea itu adalah penentu segala-galanya untuk dinibatkan sebagai juara.