Kalendar basikal lebuhraya rancak hujung tahun ini disebalik isu melanda status perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang berjaya mendapat status Siri Profesional.

Dua perlumbaan baru diperkenalkan, Tour of Peninsular dan Tour of Femina.

Sesuatu yang menarik untuk melihat kalendar perlumbaan rancak tetapi bagaimana dengan saingan tertua di Asia, Jelajah Malaysia?

Perlumbaan itu diperkenalkan pada 1963 namun tenggelam timbul sejak sedekad lalu ekoran masalah penajaan.

Kali terakhir dianjurkan pada 2017.

"Imej Jelajah Malaysia tercalar kerana kerap tidak membayar wang hadiah kemenangan terutama kepada pelumba luar negara".

"Mungkin ia faktor utama penganjur tidak berani mengambil risiko untuk menghidupkan semula perlumbaan itu," kata seorang bekas penganjur Jelajah Malaysia.

Kos menganjurkan perlumbaan basikal pula bukan murah. Bagi saingan status 2.2 seperti Jelajah Malaysia, ia boleh mencecah hampir RM7-8 juta.

Kini, Malaysia akan memiliki dua perlumbaan baru.

Saya fikir, Jelajah Malaysia akan terus tenggelam.

Perlumbaan yang pernah menyaksikan dominasi pelumba tempatan seperti Loh Sea Keong, Anuar Manan, Mohd Harrif Salleh kian dilupakan. Moga dihidupkan semula suatu hari nanti.