Isu keadaan padang yang melanda stadium keramat, Stadium Nasional Bukit Jalil sudah pun menjadi hal yang berterusan sejak beberapa konsert diadakan sebelum sebarang perlawanan utama sehinggakan sesetengah peminat sudah lali dengan pelbagai alasan diberikan.

Sebagai penyokong Harimau Malaya, tiada apa yang mampu kita lakukan walaupun pelbagai tekanan sudah pun diletakkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Apa pun corak permainan, apa pun aksi dramatik yang bakal dipersembahkan malam ini, janganlah kita membelakangkan Kim Pan-gon dan anak buahnya kerana bukan mereka yang bertanggungjawab untuk menjaga keadaan padang supaya sentiasa dalam keadaan baik dan tersedia.

Tapi jika diikutkan rekod, skuad negara kita memang jaguh bermain di atas padang yang kurang baik berbanding di atas padang yang cukup cantik dan selesa untuk bermain.

Lihatlah sendiri di Oman, apa keputusan yang kita sudah capai?

Itu sahajalah harapan yang mampu dipegang sebagai seorang yang cintakan sukan bola sepak tanah air.

Bagaimanapun, ayuh Harimau Malaya, jangan pandang keputusan di Oman, tegakkan pandangan terhadap apa yang ada di depan, hidup dalam permainan!