Tiba-tiba Pengarah Teknikal FAM, Peter De Roo, pengumuman peletakan jawatannya tanpa pengetahuan pengurusan FAM.
De Roo sendiri membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya melalui media sosial peribadinya walaupun sebelum itu ada pertemuan di antara De Roo bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Ini satu berita yang mengejutkan ramai pihak terutama dalam kalangan peminat-peminat bola sepak negara kerana De Roo merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mewujudkan kertas kerja DNA bola sepak negara dan pelaksanaannya.

Dengan berita itu pasti akan mengusarkan ramai pihak terutama dalam kalangan pencinta-pencinta bola sepak negara. Banyak persoalan dan tanda tanya yang timbul di pemikiran mereka terutama dalam mencapai objektif yang telah dirancang oleh FAM itu demi kemajuan dan kegemilangan bola sepak Malaysia pada masa hadapan.
Tetapi bagi pandangan penulis pula, dengan peletakan jawatan De Roo itu tidak akan menjejaskan apa yang telah dirancang oleh FAM kerana dalam bola sepak, itu sering berlaku dan masih ada lagi individu-individu yang boleh dipertanggunjawabkan untuk menggalas tugas bagi melaksanakan apa yang telah dirancangkan oleh FAM itu memandangkan mereka telah mewujudkan satu panduan dan objektif yang perlu diikuti untuk mencapai matlamatnya.
Apa yang perlu dilakukan oleh FAM ketika ini hanya mencari individu-individu yang bijak dalam memberi idea-idea baru serta mampu mengurus tadbir dengan baik selain memahami selok belok budaya bala sepak Malaysia kerana nilai-nilai itu amat penting bagi mencapai misi FAM itu.
Pengurusan FAM juga perlu memainkan peranan dalam memastikan individu-individu yang akan bertugas bersama Pengarah Teknikal yang baru dilantik itu nanti boleh bekerjasama dan mempunyai persefahaman yang baik kerana dengan kerjasama itu akan melincinkan perjalanan kerja mereka. Sekiranya tiada kerjasama dan persefahaman yang baik diantara mereka sudah pasti masalah ini akan timbul lagi dan merencat lagi misi FAM itu.
Dengan kebijaksanaan dimiliki pengurusan FAM itu penulis percaya dan yakin masalah ini dapat diselesaikan dengan baik.
Apa yang diinginkan oleh pencinta-pencinta bola sepak negara hanya ingin melihat apa yang ditelah dirancangkan oleh FAM itu berjaya dilaksanakan mengikut tempoh yang dirancang supaya ia menjadi realiti.
Kepada Peter De Roo selamat maju jaya dan kepada pencinta-pencinta bola sepak negara jangan bimbang, tanpa De Roo juga FAM boleh mampu melaksanakan tugasnya dalam mewujudkan DNA dan falsafah bola sepak Malaysia.