Dua jaringan Bergson da Silva pada pertemuan menentang Sri Pahang semalam telah berjaya mengekalkan kedudukkan Johor Darul Ta’zim di tangga teratas Liga Super sebelum saingan liga dihentikan untuk memberi laluan kepada Kim Pan Gon untuk mempersiapkan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi kelayakkan Piala Asia.

Walaupun ketinggalan pada penghujung babak pertama setelah Sri Pahang mendapat sepakan penalti yang telah disempurnakan pemain import Tok Gajah Manuel Hildalgo ia langsung tidak memberi tekanan pada Harimau Selatan.

Dengan pengalaman yang ada pada pemain-pemain Johor DT itu mereka tidak goyah dan panik sebaliknya lebih tenang menyusun gerakkan dan strategi untuk mencari jaringan penyamaan. Akhirnya Harimau Selatan itu menemukan jaringan penyamaan enam minit sebelum perlawanan ditamatkan oleh Bergson melalui sepakan penalti. Kesungguhan yang dipamirkan pemain-pemain Harimau Selatan amat baik sekali walaupun bermain dalam tekanan.

Apa yang menarik pada perlawanan itu apabila Sri Pahang telah berjaya memberi saingan pada Harimau Selatan. Sudah agak lama tidak melihat aksi yang konsisten dipamirkan pemain-pemain Tok Gajah sepanjang perlawanan semenjak perubahan dilakukan pengurusan Sri Pahang beberapa musim lalu. Kita boleh melihat keyakinan diri pada pemain-pemain dan ketenangan yang dipamirkan di atas padang. Sekali lagi kita dapat melihat bagaimana Azam Azih berjaya mengemudi bahagian tengah dengan baik sekali mengikut apa yang telah di rancang oleh Christopher Gamel.

Inilah yang peminat-peminat harapkan dimana banyak pasukan yang boleh memberi saingan dan tekanan pada Johor DT kerana dengan cara itu akan membantu miningkatkan mutu bola sepak kita. Kebangkitan Tok Gajah juga sudah lama dinanti-nantikan peminat-peminatnya sebagaiman ketika zaman kegemilangan Sri Pahang. Christoper Gamel juga berani dab bijak dalam mengetengahkan pemain-pemain tidak ternama untuk membantu misinya. Kerjasama ini yang melihatkan Tok Gajah pasukan yang perlu dihormati dan sudah mula menunjukkan konsistensi pada setiap perlawanan.