Antara nama nama besar yang hadir kali ini adalah Sergio Garcia, Henrik Stenson, Adam Scott, Hideki Matsuyama dan ramai lagi nama nama besar yang menyertai Ryder Cup tahun lalu antaranya Patrick Reed. Cimb Classic juga turut menarik perhatian penaja penaja ternama seperti BMW, Enrich dan Sapura Kencana petroleum antaranya. Saingan hari pertama memperlihatkan Scott Piercy mengejutkan nama nama besar lain dengan merakamkan 10 pukulan di bawah par untuk mendahului kejohanan. Namun Justin Thomas pemain muda yang semakin meningkat naik selepas tahun pertamanya di PGA Tour tahun lalu begitu meyakinkan kini berada di kedudukan teratas selepas merakamkan 11 pukulan di bawah par pada hari kedua sekaligus 15 pukulan di bawah par secara keseluruhan selepas 2 pusingan iaitu 36 lubang kejohanan.

Dalam sukan golf, hari ketiga sentiasa dikategorikan sebagai 'Moving Day' kerana ia adalah hari di mana nama nama besar yang. sering menjuarai kejohanan seperti Scott dan Matsuyama akan mula mengorak langkah dan meletakkan diri mereka dalam kedudukan yang terbaik walaupun tidak semestinya di kedudukan yang pertama tetapi sekurang kurangnya 2-3 pukul di belakang pendahulu untuk mengejar pada hari terakhir iaitu hari keempat yang menentukan segala galanya. Itulah yang dilakukan pemain pemain seperti Scott, Matsuyama, Reed dan juga Lahiri setelah tamat hari ketiga kejohanan.

Antara 3 pemain muda dalam tahun pertama di PGA Tour sepenuhnya yang paling menyerlah tidak dinafikan Jordan Spieth kerana beliau merupakan fenomena terbaru sukan golf. Justin Thomas dan Daniel Berger adalah dua lagi nama yang menyerlah musim ini cuma belum sempat menjuarai sebarang kejohanan. Berger dinobatkan 'rookie of the year' namun ramai merasakan Justin Thomas punyai senjata yang lebih baik secara keseluruhan dalam permainan beliau untuk menjadi antara terbaik di dunia satu hari nanti. Kini beliau berada di kedudukan untuk munjul juara buat kali pertama. Adakah Malaysia menjadi medan pertama beliau mendapatkan kejayaan yang dinanti nantikan itu? Sekaligus menjadi batu loncatan buat Thomas terus mengorak langkah dalam kejohanan akan datang dan musim 2016 serta 4 kejohanan utama yang dijadikan ukuran terbaik kebolehan seorang 'golfer' bertaraf dunia.

Kevin Na juga antara nama yang sering hampa di PGA Tour kerana selalu meletakkan dirinya di kedudukan terbaik untuk menjadi Juara kejohanan namun tidak berjaya melakukannya. Minggu lalu Kejohanan Frys.com memperlihatkan beliau berada dalam 'playoff' dengan Emiliano Grillo untuk menentukkan Juara kerana kedua dua pemain tersebut berada di kedudukan teratas dengan catatan pukulan yang sama namun Kevin Na kurang bernasib baik. Adakah Cimb Classic menjadi kejohanan pilihan Na untuk muncul juara?

Sama sama kita ikuti Cimb Classic di Golf Channel saluran 835 di Astro atau hadirkan diri anda ke KLGCC di Bukit Kiara untuk melihat secara dekat 'golfer golfer' terbaik dunia beraksi.io.