Apabila jaringan yang dilakukan Dominic Tan yang dibatalkan pengadil perlawanan semalam ia sebenarnya telah merentap hasil usaha yang dilakukan Harimau Malaya untuk membawa bekalan yang secukupnya apabila berhadapan Gajah Perang di pusingan kedua separuh akhir Piala AFF di Thailand nanti. Itu sebenarnya jaringan yang sah sepatutnya diberikan pengadil tetapi itu bukan penamat untuk Malaysia tetapi masih ada lagi peluang bagi anak didik Kim Pan Gon pada pusingan kedua nanti di Thailand.

Walaupun tampak sukar apabila bertandang ke tempat lawan tetapi ia tidak mustahil kerana Harimau Malaya pernah melakukannya pada 2010 apabila berjaya menyekat Indonesia sehingga dinobatkan selaku juara pada ketika itu di Stadium Bung Karno. Jika pemain-pemain negara bermain seperti semalam dengan semangat berpasukan yang tinggi demi lencana di dada ia mampu memberi tekanan kepada pasukan Gajah Perang itu sebagaimana yang dibuktikan semalam. Walaupun pasukan lawan mendominasi perlawanan tetapi dengan taktikal disiplin yang tinggi itu ia berjaya mengekang setiap serangan lawan.

Bahagian pertahanan Harimau Malaya banyak memainkan peranan mereka sebenarnya seperti Brendan Gan, Sharul Nazeem, Dominac Tan, Ruventhiren dan Quentin Cheng sehingga berjaya menyekat setiap gerakan Teerasil Dangda. Lihat sahaja bagaimana kesungguhan mereka mengejar dan memberi tekanan kepada lawan menggunakan fizikal mereka untuk mengganggu konsentrasi dan keseimbangan badan lawan ketika cuba melakukan rembatan atau pun tandukkan.

Komunikasi dan persefahaman di antara mereka semakin jitu sekali itu yang telah dibuktikan semasa menghalang serangan Gajah Perang walaupun ada sedikit kesilapan dilakukan namun ia masih boleh diperbaiki. Lihat sahaja bagaimana jaringan tunggal di jaringkan Faisal Halim setelah menerima umpanan melalui tandukan Ruventhiren yang menerima hantaran darioada Sharul Nazeem dan jika prestasi ini terus dikekalkan ia pasti akan memberi tekanan pada tuan rumah nanti. Pujian perlu diberikan kepada pemain-pemain pertahan ini kerana kerja kuat mereka telah berjaya memberi kelebihan ketika ini kepada Harimau Malaya.