Pertemuan di antara Terengganu dan Negeri Sembilan sudah pasti akan menarik perhatian ramai pencinta-pencinta bola sepak tanah air untuk mengetahui kedudukan seterusnya bagi kedua-dua pasukan ini.

Semua sudah maklum ketika ini skuad Sang Penyu begitu ingin kemenangan agar kedudukan dalam carta Liga Super terus meningkat setidak-tidaknya dapat menyamai kedudukan musim lalu. Ini sudah tentu akan memberi sedikit tekanan kepada anak didik Nafuzi Zain itu apabila berhadapan skuad Hobin Jang Hobin yang mula menunjukkan kebangkitan setelah mendapat kembali sentuhan penyudah yang tajam.

Ini akan menguji sejauh mana kemampuan benteng pertahanan Terengganu itu untuk melayani ketajaman penyerang Negeri Sembilan terutama penyerang yang baru sahaja di bawa K Devan iaitu Gustavo Almeido Dos Santos. Pemain ini telah menunjukkan persefahaman yang baik dengan pemain-pemain tempatan

selain pemain midfield Negeri Sembilan Yashir Islame Pinto. Inilah masa terbaik untuk Gustavo menguji kemampuan dirinya untuk terus memperdaya pertahanan Sang Penyu yang diketuai Pape Diakite kerana ketika ini prestasi pertahanan Terengganu agak membimbangkan.

Sekiranya pemain-pemain midfield dan penyerang Negeri Sembilan terutama Gustavo dapat mengambil kesempatan itu pasti skuad Hobin Jang Hobin ini mampu mengejutkan anak didik Nafuzi Zain di Terengganu kerana kemenangan ini amat penting bagi Negeri Sembilan untuk memastikan skuad kendalian K Devan itu terus memberikan saingan dalam perebutan juara liga dan memcari slot ke Piala AFC musim hadapan. Ini peluang terbaik juara Liga Perdana musim lalu untuk terus perkukuh jenama Hobin Jang Hobin.

Sementara bagi Skuad Sang Penyu pula kekentalan bahagian pertahanan mereka akan di uji sekali lagi, sekiranya inginkan kemenangan Nafuzi Zain perlu memperbaiki persefahaman dan konsentrasi pemain-pemain pertahanan dan midfield mereka supaya tidak mudah dibolosi. Jika ingin keluar dari situasi kedudukan Liga Super ketika ini, itu yang perlu diperbaiki kerana kedudukkan terkini Sang Penyu pasti akan mengundang tekanan kepada pemain-pemainnya. Apatah lagi harapan penyokong-penyokong fanatik Terengganu untuk melihat kembali pasukan kesayangannya itu bangkit dan ini akan menjadikan perlawanan di antara Terengganu dan Negeri Sembilan menarik untuk diikuti.