Ketiadaan Mohamed Salah dan Sadio Mane tidak memberi masalah kepada Jurgen Klopp apabila pemain-pemain penyerang yang diturunkan ketika menentang Brentford telah berjaya memainkan peranannya untuk merobek pertahanan dan pintu gol lawannya itu.

Ini dibuktikan dengan kemenangan 3-0 The Reds dihadapan penyokong mereka sendiri dan ini merupakan kekutan yang ada pada Liverpool kerana tidak hanya bergantung pada penyerang utama mereka seperti Mane dan Salah.

Dengan kemenagan itu ia telah melonjakkan The Reds di tangga kedua carta liga dan ini pasti akan memberi keyakinan kepada anak didik Klopp untuk terus memberi tekanan pada Manchester City yang berada dikedudukan teratas liga. Apa yang menariknya pada perlawanan itu sebenarnya bagaimana strategi yang di olah oleh Klopp sehingga memberi kemenangan yang cukup selesa pada The Reds. Jikalau kita perhatikan dimana setiap kali perlawanan Klopp tidak merubah falsafah bola sepak The Reds serta formasi 4-3-3 nya.

Dengan memberi tekanan awal dibahagian penyerang untuk memenangi bola dengan cepat di dalam kawasan lawan dan seterusnya melakukan transisi serangan patas itu telah berjaya menterjemahkan pada jaringan. Ini berlaku pada 2 jaringan The Reds melalui Alex Oxlade-Chamberlain dan Takumi Minamino setelah pemain melakukan tugasan masing-masing dengan baik sekali. Persefahaman dan semangat kerja berpasukan itu yang membantu kemenangan selesa The Reds. Selain itu kita dapat juga melihat variasi corak serangan dilakukan anak didik Klopp dengan kreatifviti mereka seprti 13 rembatan tepat yang berjaya dilakukan.

Kejayaan itu juga pasti akan terus menaikkan semangat dan keyakinan diri pemain-pemain The Reds untuk menghadapi perlawanan seterusnya walaupun masih tidak dapat mengunakan khidmat Salah dan Mane. Apa yang lebih penting ketika ini pemain-pemain The Reds perlu terus fokus dan menggekalkan corak permainan mereka dengan penuh bergaya dan kreatif bagi meneruskan tekanan pada Man City. Walaupun perbezaan mata itu agak jauh tetapi ia tidak mustahil untuk The Reds mengejar sekirannya anak didik Klopp dapat menggekalkan prestasi mereka memburu kemenangan.